Khamis, Julai 19, 2007

Cicak Man


Jenayah makin berleluasa di kota raya Metrofulus dan seorang master kriminal, Profesor Klon, merancang untuk menakluki kota raya itu. Rancangan Prof Klon ialah menggantikan menteri-menteri utama dengan klon-klon ciptaannya. Namun, rancangan Prof Klon terbantut dengan kehadiran seorang superhero, Cicak Man, yang tiba-tiba muncul untuk mencegah jenayah. Cicak Man ialah Hairi, seorang pemuda yang selamba dan kurang kepercayaan pada diri sendiri. Teman rapat beliau ialah Danny, seorang pemuda macho yang digilai ramai gadis. Hairi yang sebenarnya baru dikurniakan kelebihan luarbiasa, bukan saja terpaksa membiasakan diri dengan kelebihan itu tetapi berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam merebut hati gadis bernama Tasha. Cicak Man makin tertekan apabila warga Metrofulus menganggap beliau penjenayah. Lebih memeningkan kepalanya apabila Tasha mula jatuh cinta dengan Danny. Prof Klon yang tidak mahu rancangannya gagal, bekerjasama dengan dua penjenayah hebat – Ginger 1 dan Ginger 2, yang juga mempunyai kekuatan luarbiasa.

Dapatkan novel ini di Kalcha Mall!

Tiada ulasan: