Selasa, Ogos 28, 2007

Mawi : Kian ( Kini di Pasaran )


Mawi dan Aida, dua remaja yang mempunyai perwatakan berbeza serta mengamalkan corak kehidupan yang berlainan. Kepulangan Mawi dari University of Al Azhar di Cairo membawa seribu harapan dan kebahagiaan buat Imam Suffian, bapa angkatnya. Ia juga satu rahmat buat Zulaikha yang dalam diam menyimpan perasaan kepada abang angkatnya itu. Namun semua itu berubah apabila Aida, gadis bermasalah, dihantar ke kampung di mana Mawi berasal. Pertemuan di kelas fardu ain telah membuat hubungan mereka semakin berkembang. Namun gelora mula tiba dalam hubungan mereka bila Imam Suffian terlibat dalam satu kemalangan. Amanah Imam Suffian telah mengecewakan harapan Aida. Merasakan dirinya tidak lagi diperlukan dan hanya akan menjadi penghalang antara Mawi dan Zulaikha, Aida akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Mawi yang juga menyimpan perasaan terhadap Aida mula terasa serbasalah dan kehilangan. Apakah Mawi akan mengahwini Zulaikha? Atau adakah Mawi berhijrah je Kuala Lumpur mencari Aida? Teruskan membaca Mawi : Kian yang akan merungkai persoalan dan memberi jawapan kepada anda.