Khamis, Julai 19, 2007

Tak Tahu Antara Dua

Dua orang pelatih, Kadet Adam dan Kadet Farah ditugaskan untuk melindungi seorang pelajar kolej bernama Marsha. Marsha, satu-satunya saksi satu kejadian pembunuhan seorang hartawan ternama. Malangnya, Marsha terlibat dalam satu kemalangan dan mengalami amnesia. Tugasan Adam dan Farah ialah melindungi Marsha, dan sekiranya memori gadis itu pulih, menangkap si penjenayah. Tugasan itu nampak mudah tetapi sebenarnya tidak kerana Adam dan Farah terpaksa menyamar sebagai pelajar kolej. Pada Adam, tugasan itu bakal mengembalikan ingatannya kepada zaman-zaman kolej di mana beliau adalah pelajar lelaki paling popular. Tetapi, tidak bagi Farah yang pernah mempunyai pengalaman pahit ketika di kolej.

Tetapi, apabila hubungan antara Adam dan Marsha bertambah rapat, Farah mula rasa cemburu dan tertekan. Akibatnya, tugasan mereka hampir menemui kegagalan dan situasi makin serius apabila si pembunuh mula merancang untuk membunuh Marsha. Akhirnya, Adam terpaksa membuat pilihan antara Farah atau Marsha.

Dapatkan novel ini di Kalcha Mall!

Tiada ulasan: