Jumaat, Ogos 03, 2007

33 Hantu Kini di Pasaran




Hantu seperti istilah di dalam kamus bermaksud; makhluk halus, mambang, roh atau jembalang. Ia adalah satu fenomena yang biasa kita dengar. Antaranya, pontianak, toyol, pelesit, hantu raya, langsuir dan pelbagai lagi hantu-hantu yang menjadi igauan kepada mereka yang lemah semangat dan penakut. Alam misteri memang sentiasa dikaitkan dengan rumah, bangunan lama yang ditinggalkan, tempat berlakunya pembunuhan atau kematian yang kejam dan tempat-tempat seperti hutan belukar. Ada juga pendapat yang mengatakan kawasan perkuburan merupakan taman permainan bagi makhluk-makhluk halus ini. Apakah kebenaran di sebalik dakwaan ini? Tanpa kita sedar, ia mungkin ada di depan kita atau di belakang kita. Adakah ianya roh atau gangguan emosi kita? 33 Hantu menjawab persoalan yang bermain di minda anda….

2 ulasan:

Ain berkata...

Cant wait!!!

Adam berkata...

dah kuar lom??????